Thursday 22 September 2011

meiosis

Akronim Untuk Tajuk Gerakan Islah






Tema Wajib ( Bab 9 – Ting 5 )

Faktor Perang Dunia Pertama :
N3P :
N : Nasionalisme,
P : Persaingan negara-negara Eropah,
P : Pakatan Kuasa-Kuasa Eropah,
P : Pembunuhan serta merta bakal pewaris tahta austria Hungry.....baca akronim ni


Kesan Perang Dunia Pertama :
MAKPITH :
M: mengubah Peta Eropah,
A : Amerika Syarikat menguasai pasaran dunia,
K : Kematian dan Kemusnahan harta benda,
P :Penubuhan Liga bangsa dan Perjanjian Versailles,
I : berlakunya kadar inflasi yang tinggi,
T : Tamatnya pemerintahan Beraja,
H : Hutang peperangan yang tinggi.......Salin dan baca.......

Apakah Faedah Malaysia Menyertai Komanwell

( Ingat S A B A R )
Tema Huraian
S Sukan Menjadi tuan rumah sukan Komanwel
A Askar Mendapat bantuan askar daripada negara Komanwel semasa menghadapi ancaman PKM dan Konfrontasi dengan Indonesia
B Biasiswa Menerima bantuan biasiswa melalui Rancangan Colombo
A Aparthied Mengutuk dasar Aparthied yang diamalkan oleh Afrika Selatan
R Rumah Menjadi tuan rumah CHOGM

Tema

Huraian

Minggu

Mengadakan Minggu Bulan Bahasa

Mahkamah

Bahasa Melayu menjadi bahasa di mahkamah

Akta

Meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan

Slogan

Melancarkan slogan Bahasa Jiwa Bangsa

UKM

Menubuhkan UKM

DBP

Menubuhkan DBP

Pengantar

Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

di semua sekolah

2MASUK DBP

Cara Kemasukan Pengaruh Hindu Buddha

B A K P V

B : Brahmin – di bawa oleh Brahmin
A : Aspek Kebudayaan - pengambilan
K : Ksyatria - Dibawa oleh Ksyatria
P : Pemerintah dengan pemerintah
V : Vaisyadibawa oleh Vaisya


Pengaruh Hindu Buddha Dalam Pentadbiran

M U M B A I P B P

M : Mutlak – Raja berkuasa mutlak
U : Undang-Undang – Raja gubal undang2
M : Mitos dan Lagenda yg digunakan Raja
B : BerajaPemerintahan beraja
A : Alam semesta – Raja seluruh alam semesta
I : Istiadatmengamalkan istiadat Pertabalan
P : ParvandaGelaran Raja/Anak raja/Pembesar
B : Bayangan Tuhan – Raja bayangan tuhan
P : Puncak pemerintah – raja dipuncak pemerintah

Peranan bahasa Sanskrit

M I M P I B A P A K

M : Manteradigunakan sebagai Mantera
I : Ilmu PengetahuanSebagai ilmu pengetahuan
M : MemahamKemahiran memahat
P : Pemerintahan BerajaMencatatkan
I : IntelekSebagai Bahasa intelek/sarjana

Wednesday 21 September 2011


Tulisan ini khas untuk pelajar-pelajar 3K yang dikasihi. Membincangkan Mixture and Compound sebenarnya agak mengelirukan. Sepatutnya Compound dibandingkan dengan Element (bukan Mixture).

Kenapa? Kerana Mixture adalah campuran 2 atau lebih bahan. Dan bahan tersebut boleh jadi

i) Element + Element
ii) Element + Compound
iii) Compound + Compound

Mixture (Campuran) bercampur hanya secara fizikal. Ia boleh wujud dalam bentuk pepejal(solid), cecair(liquid) atau gas.

Nisbah bahan dalam Mixture tidak tetap. Ia juga boleh diasingkan kepada komponen asalnya secara fizikal. Banyak sifat asal komponennya dikekalkan.

Wednesday 7 September 2011

Tingkatan 1 Bab 3 : Matter (kelas 1)

Tulisan ini khas untuk pelajar-pelajar 3K yang dikasihi. Membincangkan Mixture and Compound sebenarnya agak mengelirukan. Sepatutnya Compound dibandingkan dengan Element (bukan Mixture).

Kenapa? Kerana Mixture adalah campuran 2 atau lebih bahan. Dan bahan tersebut boleh jadi

i) Element + Element
ii) Element + Compound
iii) Compound + Compound

Mixture (Campuran) bercampur hanya secara fizikal. Ia boleh wujud dalam bentuk pepejal(solid), cecair(liquid) atau gas.

Nisbah bahan dalam Mixture tidak tetap. Ia juga boleh diasingkan kepada komponen asalnya secara fizikal. Banyak sifat asal komponennya dikekalkan.

Contoh mudah air gula. Tiada nisbah tertentu untuk kandungan gula. Ini bermakna anda boleh memasukkan berapa sudu gula yang anda mahu. Rasa asal gula juga tidak berubah, tetap manis.

FIKIRKAN: UDARA dan AIR LAUT adalah dua contoh Mixture. Apakah unsur atau sebatian yang terdapat didalamnya?

Compound (sebatian) pula terdiri daripada dua atau lebih unsur-unsur yang berbeza, yang atom-atomnya terikat bersama. Ia boleh dipecahkan secara kimia kepada bentuk asalnya. Nisbah atom komponen adalah tetap. Ciri asal komponennya juga telah hilang!

TIPS : Semua Compound mempunyai nama kimia seperti dibawah.
  • H2O - water
  • NaCl - sodium chloride or table salt
  • KCl - potassium chloride
  • HCl - hydrochloric acid
  • N2O - nitrous oxide
Adakah udara dan air laut mempunyai nama kimia seperti diatas? Tidak! Maka ia adalah Mixture!

(Udara adalah campuran oksigen, karbon dioksida, nitrogen, gas nadir dan wap air. Air laut pula adalah campuran air and salt/ NaCl)

Jom layan Video ni... :)


** Khas utk pelajar 3K, belajar rajin2 tau! kelas lain pun bole baca juga... :)
** Maaf kerana bahasa bercampur.

Anders Celcius


Anders Celcius
(1701-1744)

Anders Celsius adalah seorang ahli astronomi, fizik dan ahli matematik Sweden. Beliau dilahirkan di Uppsala, Sweden, di mana beliau berjaya sebagai profesor astronomi pada tahun 1730. Dia juga membina balai cerap pertama Sweden pada 1741. Celsius terlibat dalam ekspedisi mengukur dan menunjukkan bahawa Bumi adalah leper di kutub.

Nama "centigrades" untuk skala Celsius suhu menjadi usang apabila sistem SI telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa di 1954-1960. Nama yang betul ialah "darjah Celcius."

Anders Celsius meninggal dunia pada tahun 1744.

Tingkatan 1 Bab 7 : Haba (kelas 4)

3 Cara Aliran Haba

1) Pengaliran (Conduction)


Pengaliran (Conduction) adalah aliran haba melalui medium pepejal. Zarah dalam medium tidak mengalir. Sebaliknya haba dipindahkan dari bahagian yang panas menuju ke bahagian yang sejuk oleh getaran zarah dalam objek. Logam adalah konduktor haba yang sangat baik.





2) Perolakan (Convection)


Olakan adalah pemindahan haba dalam satu bahagian
bendalir oleh pergerakan cecair yang dipanaskan. Cecair dan gas adalah bendalir (boleh mengalir).









(Rujukan : http://educationalelectronicsusa.com/p/heat-IV.htm)

Tuesday 6 September 2011

Tingkatan 1 Bab 7 : Haba (kelas 3)

Haba boleh dipindahkan dari satu objek ke objek lain. Ia akan mengalir dari kawasan panas (bersuhu tinggi) ke kawasan sejuk (bersuhu rendah). Lebih sejuk sesuatu objek, lebih cepat haba berpindah kepadanya.

APAKAH 3 CARA HABA DIPINDAHKAN?



APAKAH PERBEZAAN ANTARA PENGALIRAN(CONDUCTION), SINARAN (RADIATION), OLAKAN (CONVECTION).

Tingkatan 1 Bab 7 : Haba (kelas 2)

Tahukan anda besi pada landasan keretapi dipasang dengan sedikit renggang? Sedikit jarak yang ada ini akan membolehkan besi tersebut mengembang pada hari yang panas.

Begitu juga, jambatan besi. Ia direka untuk membolehkannya mengembang, dengan menetapkan satu hujung dan hujung lain pada penggelek/ roda.

(Sumber : http://www.brighthub.com/engineering/mechanical/articles/38377.aspx)





Sesuatu objek akan mengembang apabila dipanaskan (isipadu meningkat). Apabila sesuatu objek disejukkan pula, ia akan mengecut (isipadu berkurang)

Tingkatan 1 Bab 7 : Haba (kelas 1)


APAKAH HABA?

Pada pagi yang dingin, apabila anda memegang sebuah gelas kaca atau seramik, pasti gelas tersebut terasa sejuk. Sebaliknya apabila anda mula menuang air teh panas kedalam gelas tersebut, gelas tersebut akan mula menjadi panas. Kenapa? Ini kerana tenaga HABA telah dipindahkan dari air panas kepada gelas tersebut.

Haba adalah salah satu bentuk tenaga. Oleh itu, ia juga dipanggil tenaga haba (thermal energy). Sesuatu objek menjadi lebih panas apabila ia menyerap haba dan menjadi sejuk apabila ia kehilangan haba. Tenaga haba diukur dalam unit joule (J).

Haba boleh dipindah dgn 3 cara
iaitu Pengaliran/ Conduction, Sinaran/ Radiation, Olakan/ Convection.

APA PULA SUHU (TEMPERATURE) ?
Suhu adalah ukuran darjah kehangatan atau kesejukan suatu objek. Ia disukat menggunakan thermometer. Suhu boleh diukur dengan unit Celsius (° C) atau Kelvin (K).

**INGAT: Haba di sukat ddengan unit _____, manakala suhu pula disukat dengan unit _______.

JOM EKSPERIMEN!

LANGKAH 1: PANASKAN 2 BLOK BESI YANG BERLAINAN SAIZ DALAM AIR.


LANGKAH 2 : KELUARKAN KEDUA-DUANYA DAN MASUKAN DALAM BEKAS BERASINGAN. KEDUA-DUA BEKAS TERSEBUT MENGANDUNGI KUANTITI AIR YANG SAMA.

Apakah bacaan kedua-dua termometer tersebut akan sama atau tidak?

Jawapanya: sama!

Kesimpulan:
Kedua-dua blok besi mempunyai suhu yang sama, tetapi ia mempunyai jumlah haba yang berbeza. Ini adalah kerana ia mempunyai jisim yang berbeza.