Wednesday 7 September 2011

Tingkatan 1 Bab 3 : Matter (kelas 1)

Tulisan ini khas untuk pelajar-pelajar 3K yang dikasihi. Membincangkan Mixture and Compound sebenarnya agak mengelirukan. Sepatutnya Compound dibandingkan dengan Element (bukan Mixture).

Kenapa? Kerana Mixture adalah campuran 2 atau lebih bahan. Dan bahan tersebut boleh jadi

i) Element + Element
ii) Element + Compound
iii) Compound + Compound

Mixture (Campuran) bercampur hanya secara fizikal. Ia boleh wujud dalam bentuk pepejal(solid), cecair(liquid) atau gas.

Nisbah bahan dalam Mixture tidak tetap. Ia juga boleh diasingkan kepada komponen asalnya secara fizikal. Banyak sifat asal komponennya dikekalkan.

Contoh mudah air gula. Tiada nisbah tertentu untuk kandungan gula. Ini bermakna anda boleh memasukkan berapa sudu gula yang anda mahu. Rasa asal gula juga tidak berubah, tetap manis.

FIKIRKAN: UDARA dan AIR LAUT adalah dua contoh Mixture. Apakah unsur atau sebatian yang terdapat didalamnya?

Compound (sebatian) pula terdiri daripada dua atau lebih unsur-unsur yang berbeza, yang atom-atomnya terikat bersama. Ia boleh dipecahkan secara kimia kepada bentuk asalnya. Nisbah atom komponen adalah tetap. Ciri asal komponennya juga telah hilang!

TIPS : Semua Compound mempunyai nama kimia seperti dibawah.
  • H2O - water
  • NaCl - sodium chloride or table salt
  • KCl - potassium chloride
  • HCl - hydrochloric acid
  • N2O - nitrous oxide
Adakah udara dan air laut mempunyai nama kimia seperti diatas? Tidak! Maka ia adalah Mixture!

(Udara adalah campuran oksigen, karbon dioksida, nitrogen, gas nadir dan wap air. Air laut pula adalah campuran air and salt/ NaCl)

Jom layan Video ni... :)


** Khas utk pelajar 3K, belajar rajin2 tau! kelas lain pun bole baca juga... :)
** Maaf kerana bahasa bercampur.

No comments:

Post a Comment