Tuesday 6 September 2011

Tingkatan 1 Bab 7 : Haba (kelas 1)


APAKAH HABA?

Pada pagi yang dingin, apabila anda memegang sebuah gelas kaca atau seramik, pasti gelas tersebut terasa sejuk. Sebaliknya apabila anda mula menuang air teh panas kedalam gelas tersebut, gelas tersebut akan mula menjadi panas. Kenapa? Ini kerana tenaga HABA telah dipindahkan dari air panas kepada gelas tersebut.

Haba adalah salah satu bentuk tenaga. Oleh itu, ia juga dipanggil tenaga haba (thermal energy). Sesuatu objek menjadi lebih panas apabila ia menyerap haba dan menjadi sejuk apabila ia kehilangan haba. Tenaga haba diukur dalam unit joule (J).

Haba boleh dipindah dgn 3 cara
iaitu Pengaliran/ Conduction, Sinaran/ Radiation, Olakan/ Convection.

APA PULA SUHU (TEMPERATURE) ?
Suhu adalah ukuran darjah kehangatan atau kesejukan suatu objek. Ia disukat menggunakan thermometer. Suhu boleh diukur dengan unit Celsius (° C) atau Kelvin (K).

**INGAT: Haba di sukat ddengan unit _____, manakala suhu pula disukat dengan unit _______.

JOM EKSPERIMEN!

LANGKAH 1: PANASKAN 2 BLOK BESI YANG BERLAINAN SAIZ DALAM AIR.


LANGKAH 2 : KELUARKAN KEDUA-DUANYA DAN MASUKAN DALAM BEKAS BERASINGAN. KEDUA-DUA BEKAS TERSEBUT MENGANDUNGI KUANTITI AIR YANG SAMA.

Apakah bacaan kedua-dua termometer tersebut akan sama atau tidak?

Jawapanya: sama!

Kesimpulan:
Kedua-dua blok besi mempunyai suhu yang sama, tetapi ia mempunyai jumlah haba yang berbeza. Ini adalah kerana ia mempunyai jisim yang berbeza.

2 comments: